Wednesday 23 November 2016

Nabi Adam.

*PENCIPTAAN NABI ADAM A.S*

Nabi Adam a.s merupakan manusia👱🏻 pertama yang dicipta. Allah s.w.t. menciptakan Nabi  Adam daripada pelbagai jenis tanah yang terdapat di muka bumi ini🌍

Sewaktu penciptaan Nabi Adam a.s , Allah s.w.t. memerintahkan para malaikat mengumpulkan pelbagai jenis tanah. Tanah-tanah ini diambil di tempat yang berlainan. Tanah ini berwarna coklat , merah , putih dan hitam

Ada yang lembut dan mudah dibentuk. Ada yang keras dan berkerikil. Tanah ini diambil dari gunung🏔 dan lembah🏞, padang pasir yang tidak subur🏜 serta tanah rata yang subur. Sebab itulah setiap manusia🚶🏻 mempunyai sifat dan penampilan yang berbeza , asal usul yang berlainan serta bangsa yang tidak sama.

Allah s.w.t menciptakan Nabi Adam dengan begitu teliti. Namun begitu , itu tidak bermakna Nabi Adam a.s menyerupai Allah s.w.t , Allah s.w.t begitu unik ✨ dalam setiap aspek. Kita tidak mampu untuk membayangkan sifat Allah s.w.t. Kita juga sama seperti Nabi Adam a.s. Kita semua telah disemai dengan sifat baik seperti pemaaf , penyayang❤ dan juga sifat sifat yang lain

RUJUKAN SURAH AL-BAQARAH (2:30) , SURAH AL-HIJR (15:26)  , TAFSIR AR-RAZI BAHAGIAN 9 M/S 131

No comments:

Post a Comment